Tuesday, 1 October 2013

*update kisah dari Malaysia: al-fatihah buat mangsa keracunan makanan*

EKSLUSIF! UPDATE TERKINI: 4 MAUT MAKAN “AYAM MASAK MERAH” KENDURI KAHWIN | Tiga orang dipercayai keracunan makanan selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin di Tanjung Dawai, Merbok, Sabtu lepas meninggal dunia pada Isnin.

TERKINI!! Seorang lagi mangsa keracunan makanan kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini menjadikan mangsa yang meninggal sebanyak 4 orang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata Wan Razali Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu pagi semalam.
Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari; Mohammad Norraahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia 15 minit selepas itu.

Seorang lagi dikenali sebagai Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)Sungai Petani kira-kira pukul 6.30 petang Isnin.
Nurshazana yang baru tamat latihan amali disahkan meninggal dunia di HSAH manakala Mohammad Norraahmad di Hospital Yan.

Pihak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar memberitahu wartawan yang menunggu di hospital itu, jenazah Nurshazana dan Mohammad Norraahmad dihantar ke HSB petang ini untuk bedah siasat.

Menurut Hairul Azahar Harun, 33, Nurshazana yang merupakan sepupunya mengadu sakit perut selepas pulang makan kenduri di rumah sepupu mereka di Tanjung Dawai tiga hari lepas.
Beliau yang ditemui di HSB berkata ibu tiri Nurshazana serta dua adiknya, lelaki berumur 8 tahun dan perempuan berumur 10 tahun juga keracunan tetapi tidak serius.
“Nurshazana ditemui anggota keluarganya tertiarap dalam bilik tidurnya pagi ini lalu terus dibawa ke HSAH untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun dia disahkan meninggal dunia di hospital itu,” katanya.
Hairul Azahar berkata Nurshazana anak ketiga dari tujuh beradik berada dua hari lebih awal di rumah sepupu mereka sebelum kenduri berlangsung. Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tempoyak malam tadi.
Ibu Mohammad Norrahmad, Norma Khalid, 45, yang ditemui di HSB berkata anak bongsu dari lima beradik itu mengikuti suaminya, Yusof Arifin, 50 ke majlis kenduri tersebut Sabtu lepas.
“Mereka makan ayam masak merah di rumah kenduri.
” Malamnya mereka mengadu sakit perut. Apabila keadaan anak saya semakin teruk hari ini, kami bawa dia ke Hospital Yan. Dia tidak sedarkan diri sebaik tiba dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari ini,” kata Norma.
Beliau berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Singkir, pada Selasa.
Sementara itu, difahamkan keluarga Allahyarham Ibrahim membawa balik jenazahnya ke Besut petang ini untuk dikebumikan. Setakat ini, 30 orang dilaporkan menerima rawatan di hospital sebagai pesakit luar. Pihak hospital menasihatkan mereka yang turut makan di majlis tersebut agar melakukan pemeriksaan di pusat kesihatan secepat mungkin. Kebanyakkan mangsa dilaporkan makan pada sebelah petang.


PUNCA SEBENAR AYAM MASAK MERAH

PUNCA SEBENAR “AYAM MASAK MERAH” PEMBAWA MAUT | Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian.
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.
Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.
“Ayam kemudian digoreng pada jam 9 pagi hingga 4 petang 27 September sebelum disimpan di suhu bilik,” katanya kepada media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, semalam.
Ismail berkata, keadaan penyimpanan yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan bakteria merebak selain kaedah menyedia yang tidak cukup tempoh memasak juga boleh menjadi faktor penyakit berkenaan.
“Setelah disiasat mendapati, ayam goreng yang dicampurkan kuah sambal pada 28 September untuk dihidangkan kepada pengunjung majlis perkahwinan mengandungi mikroorganisme yang dipanggil salmonella,” katanya.

Ismail berkata, individu yang dikesan terkena jangkitan bakteria berkenaan akan mengalami simptom demam, cirit-birit, perut memulas dalam tempoh 12 jam selepas makan.
“Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.

Daripada jumlah itu, katanya, seorang pesakit berusia 58 tahun berada di ICU manakala seorang lagi di ICU berusia 56 tahun baru sahaja dilaporkan meninggal dunia jam 7.15 malam semalam.
Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.

Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital. Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka.

****
NOTA KAKI MAMA UMAR: kadang-kadang bila sesuatu memang telah ditakdirkan, maka ianya akan tetap terjadi. Saya lebih melihat kepada perasaan tuan rumah ketika ini. dengan rasa bersalah, rasa ralat, kesal dan sebagainya mungkin. atau mungkin juga di pihak tukang masak atau catering. tapi selalunya kawasan kampung, memang gotong royong ramai-ramai masaknya. hmmm..alahai. alfatihah untuk kesemua mangsa.

Monday, 30 September 2013

*halalan toyyiban di bangkok*

Salam.

Hari ni nak share sikit info tentang makanan halal di Bangkok. Mama Umar dengar keluhan ramai muslim yang kata, "payahnya nak cari makanan halal kat bangkok.". Bagi saya dan keluarga, alhamdulillah. Mungkin sebab kami masak di rumah. dan bekalan bahan mentah halal di sini juga mudah dan senang diperolehi.

Tapi kami juga selalu makan di luar. terutam hari minggu. di sini, kebiasaannya hari minggu memang kami gunakan untuk keluar riadah aka window shopping. maka, memang memerlukan kami makan di luar.

ramai yang menjadikan makan di food court sekitar bangkok adalah sesuatu yang syubhah. tetapi berbalik pada status sebagai musafir. dan mohon rujuk semula isu ini pada ustaz ustazah yang arif. terutama tentang imaginasi sesuatu yang luar dari pandangan mata kita. contohnya cutlery yang sama dengan non halal food. tentang pekerjanya non muslim. ada beberapa hukum yang kena anda pastikan sebagai musafir, bukan hanya menjamak dan mengqasarkan solat je. tapi ada beberapa keringanan dlm hal2 musafir yang lainnya.

ok. isu tu nanti kita bincangkan. berbalik pada tempat makan halal di Bangkok. saya sertakan beberapa guide yang boleh anda gunakan bila bertandang ke krungthep mahanakorn ni ye.

1. Di MBK (Mahboonkrong Mall) - ada Yana Restaurant. bit pricey tapi reasonable dengan rasa dan suasananya. recommended: somtam, kerabu mangga, tomyam kung, deep fried beef with basil. Restoran ni di tingkat 5, betul-betul berhadapan dengan international foodcourt. Dalam international food court tu pun ada 2-3 halal place (indonesian food, indian foods). Di tingkat 6, ada mr. burger. beef burger is recommended. Tapi sekarang ni macam dah tukar owner. Nanti saya check & recheck status nya ya.

somtam & pad thai di yana
2. Pratunam Market/Platinum Mall/Panthip Plaza - ada few hawkers yang jual halal food di depan Panthip Plaza. Aroyy Kebab & stall jual keropok ikan goreng (mcm keropok lekor) but bit hard to chew especially bila dah sejuk. Kebab Aroyy tu..memang aroy.

3. Petchaburi Soi 7 (soi jet dlm bahasa siam). tak jauh dari pratunam market. boleh jalan dari pratunam tu..terus sahaja..sampai jumpa petchaburi soi 7. terdapat sebuah masjid dan islamic centre di situ. masjid darul aman namanya. di sepanjang petchaburi soi 7 ni terdapat lebih kurang 3 kedai di bahagian hadapan dan 2-3 kedai bahagian lorong kecil menuju ke perkampungan muslim di situ. mudahnya kedai di bahagian depan tu laa..ada bunga tanjung, fareeda fathoni & mak yah. bunga tanjung saya belum pernah cuba. tapi di fareeda dan mak yah dan cuba. kalau nak rasa local muslim foods yang sedap, ini antara tempatnya. boleh try deep fried lamb. memang sedap tau daging kambing goreng garlic kat fareeda. mak yah..sup nya sedap. tentang harga, mak yah is a bit pricey compared to fareeda fathoni. mungkin sbb air conditioned :))

4. Silom. Kalau di Silom, terdapat dua restoran yang selalu kami pergi. Silom tak jauh dari rumah kami. Samada di Deen Halal Restaurant atau di Cili Padi yang mana pemiliknya adalah orang Malaysia dan sudah tentu menyajikan makanan malaysia. Di Deen Halal Restaurant, pemiliknya asli muslim Bangkok bukan dari selatan atau utara Thailand. Tapi pemilknya boleh berbahasa inggeris dengan baik. seorang makcik pertengahan usia yang biasa sahaja tapi pengajiannya di US suatu masa dahulu. tak hairanlah anda boleh berkomunikasi dengan bahasa inggeris yang cukup baik dengan beliau. Yang saya suka di sini..tom yam of course, deep fried lamb with garlic. deep fried fish with spicy sauce. Harga adalah munasabah. tapi kedai ni memang sangat kecik, hanya ada lebih kurang 5 meja sahaja. Panduan nak ke sini, selalunya saya akan cakap, "Silom..Thanon Phan..Wat khek". selalunya teksi akan berhenti di kuil hindu di tepi jalan. Deen Halal Restaurant..betul-betul sebelah kiri kuil. tak perlu masuk ke lorong. kedai tu betul2 tepi jalan.  Tapi kalau anda nak ke Cili Padi, arahkan teksi masuk ke lorong tersebut, dan perhatikan di sebelah kiri anda.

Deen Restaurant
761, Silom Road (next to Silom Soi 15 & opposite of Silom Village),
Bangkok.
Tel: 02-6350441
 
Cili Padi Authentic Malaysian Restaurant
107/3, Thanon Pan(Soi Wat Khaek),
between Silom Soi 13 and 15.
Silom Road, Bangrak,
Bangkok 10500.
Tel: 02-6351167


5. Sukhumvit. Boleh try Usman Restaurant. This is the best in my rate. hahaha. tekak orang lain-lain kan. owner khun usman. landmark nak ke sini, imperial queen's park hotel..sukhumvit soi 22 (soi yii sip song). boleh ikut benjasiri park & back entrance of the hotel kalau gunakan bts. turun di bts phromphong & jalan kaki menuju ke imperial queen's park hotel. keluar ikut pintu depan dan menghala ke kiri. anda akan nampak signboard Usman halal restaurant. Recommended kat sini: pad thai, tomyam khung, somtam, dan semua pun sedap. harga boleh tahan. bersesuaian dengan rasa. oh..usman juga sediakan perkhidmatan delivery. jangan risau, kebanyakan staff boleh berbahasa melayu

USMAN THAI RESTAURANT
Sukhumvit Soi 22.
Tel: 02 2581135
 
servis penghantaran ke rumah oleh Usman Restaurant. Tapi kena bayar charge penghantaran la ye.

6. Restoran Halal Makanan Jepun pula boleh ke Japanese Restaurant, Aladin Sushi & Cafe di Soi Suan Mani, off Pracha Utit Road, Huay Kwang. tempatnya selesa, lengkap dengan musolla yang bersih. bersebelahan dengan restoran ni ada kedai muslim yang jual nasi beriani dan nasi ayam serta satay ayam yang sedap.

Aladin Sushi & Cafe
Pracha Uthit Soi 23 (Soi Suan Mani),
off Pracha Uthit Road, Huay Kwang.
Tel: 02 274 3808 9
 
Aladin..tapi tak banyak pilihan. sushi adalah limited
oh..yang ni saya suka walaupun rasanya macam mi hailam sahaja.
7. Asiatique Riverside - berhadapan dengan asiatique ada perkampungan muslim dan beberapa buah masjid. inginkan street foods gaya thailand? berjalan di hadapan asiatique dan susuri kawasan masjid tersebut, ada e-san..ada ayam golek..ada thai fish cake..ada macam2 lagi. 
 
ok. saya stop di sini dulu ye. nanti saya sambung lagi. ada beberapa siri lagi jalan-jalan cari makan halal di sekitar bangkok. harap info ini membantu. maklumat lanjut nanti saya tambah ye. sorry tak banyak foto. laki saya marah snap2 gambar makanan. hahahaa..
 
Mama Umar
Penjual Shaklee di Krungthep Mahanakorn
Whatsapp: +66829083936
Email: elkheyr83@yahoo.com

Wednesday, 25 September 2013

di mulakan dengan bismmillah :)

salam'alayk.

eh, lamanya tak update blog. boleh tak banyak2 blog sekarang ni? tapi satu apa pun mama umar tak update.

takpe. ni entri mukadimah. genap setahun lebih kat bumi bangkok.

mama umar update sikit sikit ye. bak kata pepatah..sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. blog lama? nanti mama umar update juga. mungkin bila mama umar dah nyusul ibu pahat ke london kelak. ihiks.

apapun..mama umar happy dengan status sang suri rumah tangga sepenuh masa. tengok umar musleh senyum ketawa manja..gelak..nangis..merajuk...semualah. alhamdulillah.

adios amigos!