Hari ni nak share sikit info tentang makanan halal di Bangkok. Mama Umar dengar keluhan ramai muslim yang kata, "payahnya nak cari makanan halal kat bangkok.". Bagi saya dan keluarga, alhamdulillah. Mungkin sebab kami masak di rumah. dan bekalan bahan mentah halal di sini juga mudah dan senang diperolehi.
Tapi kami juga selalu makan di luar. terutam hari minggu. di sini, kebiasaannya hari minggu memang kami gunakan untuk keluar riadah aka window shopping. maka, memang memerlukan kami makan di luar.
ramai yang menjadikan makan di food court sekitar bangkok adalah sesuatu yang syubhah. tetapi berbalik pada status sebagai musafir. dan mohon rujuk semula isu ini pada ustaz ustazah yang arif. terutama tentang imaginasi sesuatu yang luar dari pandangan mata kita. contohnya cutlery yang sama dengan non halal food. tentang pekerjanya non muslim. ada beberapa hukum yang kena anda pastikan sebagai musafir, bukan hanya menjamak dan mengqasarkan solat je. tapi ada beberapa keringanan dlm hal2 musafir yang lainnya.
ok. isu tu nanti kita bincangkan. berbalik pada tempat makan halal di Bangkok. saya sertakan beberapa guide yang boleh anda gunakan bila bertandang ke krungthep mahanakorn ni ye.
1. Di MBK (Mahboonkrong Mall) - ada Yana Restaurant. bit pricey tapi reasonable dengan rasa dan suasananya. recommended: somtam, kerabu mangga, tomyam kung, deep fried beef with basil. Restoran ni di tingkat 5, betul-betul berhadapan dengan international foodcourt. Dalam international food court tu pun ada 2-3 halal place (indonesian food, indian foods). Di tingkat 6, ada mr. burger. beef burger is recommended. Tapi sekarang ni macam dah tukar owner. Nanti saya check & recheck status nya ya.
![]() |
| somtam & pad thai di yana |
3. Petchaburi Soi 7 (soi jet dlm bahasa siam). tak jauh dari pratunam market. boleh jalan dari pratunam tu..terus sahaja..sampai jumpa petchaburi soi 7. terdapat sebuah masjid dan islamic centre di situ. masjid darul aman namanya. di sepanjang petchaburi soi 7 ni terdapat lebih kurang 3 kedai di bahagian hadapan dan 2-3 kedai bahagian lorong kecil menuju ke perkampungan muslim di situ. mudahnya kedai di bahagian depan tu laa..ada bunga tanjung, fareeda fathoni & mak yah. bunga tanjung saya belum pernah cuba. tapi di fareeda dan mak yah dan cuba. kalau nak rasa local muslim foods yang sedap, ini antara tempatnya. boleh try deep fried lamb. memang sedap tau daging kambing goreng garlic kat fareeda. mak yah..sup nya sedap. tentang harga, mak yah is a bit pricey compared to fareeda fathoni. mungkin sbb air conditioned :))
4. Silom. Kalau di Silom, terdapat dua restoran yang selalu kami pergi. Silom tak jauh dari rumah kami. Samada di Deen Halal Restaurant atau di Cili Padi yang mana pemiliknya adalah orang Malaysia dan sudah tentu menyajikan makanan malaysia. Di Deen Halal Restaurant, pemiliknya asli muslim Bangkok bukan dari selatan atau utara Thailand. Tapi pemilknya boleh berbahasa inggeris dengan baik. seorang makcik pertengahan usia yang biasa sahaja tapi pengajiannya di US suatu masa dahulu. tak hairanlah anda boleh berkomunikasi dengan bahasa inggeris yang cukup baik dengan beliau. Yang saya suka di sini..tom yam of course, deep fried lamb with garlic. deep fried fish with spicy sauce. Harga adalah munasabah. tapi kedai ni memang sangat kecik, hanya ada lebih kurang 5 meja sahaja. Panduan nak ke sini, selalunya saya akan cakap, "Silom..Thanon Phan..Wat khek". selalunya teksi akan berhenti di kuil hindu di tepi jalan. Deen Halal Restaurant..betul-betul sebelah kiri kuil. tak perlu masuk ke lorong. kedai tu betul2 tepi jalan. Tapi kalau anda nak ke Cili Padi, arahkan teksi masuk ke lorong tersebut, dan perhatikan di sebelah kiri anda.
Deen Restaurant
761, Silom Road (next to Silom Soi 15 & opposite of Silom Village),
Bangkok.
Tel: 02-6350441
Cili Padi Authentic Malaysian Restaurant
107/3, Thanon Pan(Soi Wat Khaek),
between Silom Soi 13 and 15.
Silom Road, Bangrak,
Bangkok 10500.
Tel: 02-6351167
5. Sukhumvit. Boleh try Usman Restaurant. This is the best in my rate. hahaha. tekak orang lain-lain kan. owner khun usman. landmark nak ke sini, imperial queen's park hotel..sukhumvit soi 22 (soi yii sip song). boleh ikut benjasiri park & back entrance of the hotel kalau gunakan bts. turun di bts phromphong & jalan kaki menuju ke imperial queen's park hotel. keluar ikut pintu depan dan menghala ke kiri. anda akan nampak signboard Usman halal restaurant. Recommended kat sini: pad thai, tomyam khung, somtam, dan semua pun sedap. harga boleh tahan. bersesuaian dengan rasa. oh..usman juga sediakan perkhidmatan delivery. jangan risau, kebanyakan staff boleh berbahasa melayu
USMAN THAI RESTAURANT
Sukhumvit Soi 22.
Tel: 02 2581135
![]() |
| servis penghantaran ke rumah oleh Usman Restaurant. Tapi kena bayar charge penghantaran la ye. |
6. Restoran Halal Makanan Jepun pula boleh ke Japanese Restaurant, Aladin Sushi & Cafe di Soi Suan Mani, off Pracha Utit Road, Huay Kwang. tempatnya selesa, lengkap dengan musolla yang bersih. bersebelahan dengan restoran ni ada kedai muslim yang jual nasi beriani dan nasi ayam serta satay ayam yang sedap.
Aladin Sushi & Cafe
Pracha Uthit Soi 23 (Soi Suan Mani),
off Pracha Uthit Road, Huay Kwang.
Tel: 02 274 3808 9
![]() |
| Aladin..tapi tak banyak pilihan. sushi adalah limited |
![]() |
| oh..yang ni saya suka walaupun rasanya macam mi hailam sahaja. |
7. Asiatique Riverside - berhadapan dengan asiatique ada perkampungan muslim dan beberapa buah masjid. inginkan street foods gaya thailand? berjalan di hadapan asiatique dan susuri kawasan masjid tersebut, ada e-san..ada ayam golek..ada thai fish cake..ada macam2 lagi.
ok. saya stop di sini dulu ye. nanti saya sambung lagi. ada beberapa siri lagi jalan-jalan cari makan halal di sekitar bangkok. harap info ini membantu. maklumat lanjut nanti saya tambah ye. sorry tak banyak foto. laki saya marah snap2 gambar makanan. hahahaa..
Mama Umar
Penjual Shaklee di Krungthep Mahanakorn
Whatsapp: +66829083936
Email: elkheyr83@yahoo.com




